,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 27 November 2012

PUTRAJAYA - JAWATAN PM DI GILAI SEPERTI KANAK-KANAK BEREBUT BAYANG-BAYANG DI DINDING



SINGAPURA + MALAYSIA = Bakal PM Malaysia Bukan lagi ISLAMELAYU

klik gambar di atas jika ingin besarkannya
Bunyi Karpal singh memang cenderung berjuang untuk PM akan datang bukan di kalangan Orang bukan Melayu dan Islam. Masih buta?

Kenapa PAS, PKR senyap? tak menolak? Adakah sudah lemah dan tunduk sujud dengan kehendak mimpi Karpal singh ini? Kenapa? Kerana cerita kononnya melayu + Islam dah tak ramai? Ish2.... Pu3 kata, Jangan TERTIPU!

Nah baca lagi di sini :

1.Orang Islam (UMNO + PAS + PKR + lain-lain) yang bertanding Parlimen di Malaysia berjumlah 117/222 orang. Manakala orang Islam yang bertanding Parlimen Singapura adalah 13/99.

2.Ini bermakna sekiranya pembangkang menang Parlimen secara 'simple majority', usaha menggabungkan semula Singapura ke Malaysia akan dilaksana.

3. Buktinya 222 + 99 = 321 kerusi Parlimen. Majoriti mudah 161 kerusi.

4. jika digabungkan maka 117 + 13 = 130 MP Islam manakala MP bukan Islam 105 + 86 = 196.

5.Maka benarlah kata-kata Karpal Singh, bahawa apabila pembangkang menang PRU, Malaysia akan ditadbir oleh orang bukan Islam.

6. Perkara 43 (2) (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

Baca,fahami dan sebarkan. Bumi ini majoriti ISlam,usahlan menentang hukum alam meletakkan PM dari golongan bukan majoriti. - Kredit by: Keris Malaya dot com
 
 
 
Dr Mahathir: 'Bagilah Karpal Singh Jadi PM'
 
Karpal_Singh_copyKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh juga dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Dalam nada sinis beliau berkata, Karpal juga sudah lama berjuang dan mengharapkan jawatan Perdana Menteri sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Bagilah dekat dia (Karpal) sebab dia pun sudah lama berjuang. Patut bagi kepada Karpal jadi Perdana Menteri.

"Yang Amat Berhormat Karpal Singh. Bila pencen nanti dapat gelaran Tun... Tun Karpal," katanya ketika diminta mengulas kecelaruan pembangkang dalam menentukan siapa Perdana Menteri jika menang pilihan raya umum nanti.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengulas lebih lanjut, Dr. Mahathir meminta rakyat menilai sendiri 'perebutan kuasa' yang berlaku dalam pakatan pembangkang seandainya memerintah negara.

''Belum pun menang pakatan pembangkang sudah pun berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri.

''Bila dah jadi kerajaan esok bukan sahaja Abdul Hadi, bukan sahaja Anwar tetapi Karpal Singh pun nak jadi Perdana Menteri," ujarnya.

Kemelut itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga Presiden PGPF menyifatkan tindakan DAP mempertahankan Anwar adalah kerana mahukan sokongan orang Melayu semata-mata.

''Oleh kerana DAP tidak ada pemimpin Melayu, kalau ada pun dah lari habis, sebab itu mereka nak Anwar kononnya jadi Perdana Menteri.

''Jadi orang Melayu pun rasa lega sebab orang Melayu dapat jadi Perdana Menteri tapi akhirnya jadi macam di Perak dahulu yang terpaksa ikut telunjuk DAP," ujarnya.

Sehubungan itu, tegas beliau, rakyat di negara ini diminta supaya tidak terlalu taksub dengan mana-mana pemimpin kerana sikap tersebut hanya akan merosakkan negara.

"Bila kita hanya menyokong secara membuta tuli tanpa mengambil kira apa yang dilakukan seseorang pemimpin, akan rosaklah negara," katanya.- Utusan Malaysia
 



SEBERANG TAKIR : Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).
“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.
“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.
“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.
“Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi ‘khaulah sha’ab’ (kebangkitan rakyat).
“Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz ‘wa ampu sana wa ampu sini’.
“Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang.
“Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah,” katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur.



Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan?



Bakal Perdana Menteri Malaysia.. dari Pakatan
KL, 22 Mac 11: Weblog Ibnu Hasyim mencadangkan Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan yang akan memerintah Malaysia. Hal ini dicadangkan akibat kesan dari kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.
Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benar manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.
“Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.
“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.
“Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. “Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.
“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).
“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.
“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.
Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.
“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.
“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.
Cuba fikir-fikirkan... (IH/The Malaysian Insider)


Mati hidup balik pun Mahathir tidak akan menyokong Anwar, tak payahlah aku nak hurai kenapa, semua orang dah tahu kenapa...
Apa yang aku nak perkatakan, masa inilah Mahathir nak guna peluang yang ada untuk memecah belah Pakatan Rakyat terutama PAS, apabila rakan PR DAP secara terbuka menyatakan mereka menyokong Anwar, dengan pantas Mahathir turut sama bersuara mengeluarkan pendapatnya yang bertentangan dengan DAP... apakah selepas ini maka ramai suara-suara cai-cai UMNO akan turut serta menyokong kenyataan Mahathir, terutamanya PERKASA...,

Sokongan syaitan yang dikenali ini tak boleh diterima,, walaupun ada asasnya, bagi aku asas yang penting adalah realiti apa yang sepatutnya didalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ini,,

Buat penyokong-penyokong PAS, baca baca balik cerita kisah TGHH pergi memancing dengan MB Kedah tu,,, ada kisah disebalik... Tunggu, kalau aku ada kelapangan masa, sehat tubuh badan dan akal fikiran, aku akan tulis isu siapa PM selepas PRU13 dalam pandangan bodo aku..




Nurul Izah bakal Presiden wanita Malaysia?

Nurul Azizah dijangka akan di beri peluang oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin masa hadapan Parti Keadilan Rakyat dan Perdana Menteri Wanita @ kemungkinan Presiden Wanita pertama di Malaysia jika rancangan parti tersebut untuk menghapuskan institusi raja di Malaysia berjaya. -rujuk senario terkini di Pulau Pinang apabila khutbah Jumaat pun mula tidak lagi mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Agama islam di Pulau Pinang iaitu Yang Di Pertuan Agong.

Ini dapat dilihat kepada perkembangan terbaru di dalam Parti keadilan Rakyat (PKR) apabila Nurul Izzah dan Nik Nazmi telah diberi ruang dan dilatih oleh Anwar untuk mendapat pendedahan dari pelbagai pihak di seluruh dunia.

Nurul Izah juga akhir-akhir ini cuba menonjolkan dirinya sebagai tokoh baru didalam PKR apabila cuba mencetuskan kontroversi dalam beberapa kenyataan politik.
Kalau kita perhatikan Nurul Izzah telah di hantar bertemu pelbagai jenis pemimpin dunia dari Mary Robinson, Paul Wolfowitz hinggalah yang terbaru berjumpa dengan pemimpin masa hadapan Indonesia Anis Basdawen yang sebelum pernah direkrut oleh tokoh Islam Liberal Indonesia Nucolish Majid untuk menjadi pelapis pejuang islam liberal dan menjadi gantinya sebagai rektor Universiti Paramadina.

Anis Basdawen sewaktu kemuncak reformasi yang telah menjatuhkan Suharto di Indonesia pernah memainkan peranan besar meniupkan sentiman dan mewujudkan propaganda penyatuan mahasiswa menentang pemerintahan Suharto. Beliau dikenal pasti sebagai antara calon Presiden Indonesia yang akan diangkat oleh kelompok JIL suatu hari nanti.


Kunjungan Nurul Izzah dan Nik Nazmi ke Jakarta itu dikenalpasti sebagai proses bertukar fikiran dan berkongsi strategi serta pengalaman untuk dipratikkan di Malaysia.


Nik Nazmi sebaik balik daripada Indonesia telah dijadikan sebagai Pengarah Komunikasi PKR, suatu jawatan yang cukup besar dan penting kepada Anwar Ibrahim.


Perkembagan ini jelas menunjukkan Anwar sebenarnya langsung tidak mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi kepada kepimpinan yang sedia ada di dalam PKR.


Samada Zaid Ibrahim, Syamsul Iskandar, Syed Hussein Ali ataupun Mustapa Kamil Ayub pada Anwar mereka itu hanya pemimpin sementara sahaja sementara Nurul Izah sudah mencapai proses tahap kematangan dalam berpolitik.


Manakala peranan Nik Nazmi hanyalah lebih kepada sebagai pengawal kepada Nurul Izah untuk memastikan perancangan meletakkan Nurul izah sebagai pemimpin masa hadapan berjaya.


Anwar begitu percaya kepada Nik Nazmi yang dikadernya melalui institut kajian dasar, bekas pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad itu begitu komited menyokong perjuangan Anwar dengan melontarkan ideanya di dalam laman Suara Anum sebuah laman yang begitu konsisten menyokong Anwar dikalangan generasi muda suatu ketika dahulu dan menjadi sahabat baik kepada Nurul Izah semenjak tahun 2001.


Sebagai balasan kepada kesetiaannya kepada Nurul Izah Anwar telah memberikan ruang kepada bekas Editor Suara Anum itu bertanding di satu kerusi Adun di Selangor dan kini memainkan peranan yang besar untuk Anwar Ibrahim dan Nurul Izah. -

Mahfuz Juga Layak Jadi PM


ISU siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.
Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.
Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU-13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.
Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey atau sial. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.
Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah “yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat” itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.
Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.
Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.
Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat.
Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.
Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.
Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM.
Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.- BERUANG BIRU


Mat Sabu Bakal PM



Ini bukan lawak jenaka jika PR menang PRU ke 13.

Sifirnya mudah. Haji Hadi sudah mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU ke 13. Jika PR menang, kita menjangka DAP akan mendapat banyak kerusi jika dibanding dengan PAS dan PKR. Antara PAS dan PKR, saya meramalkan PAS akan mendapat kerusi lebih banyak dari PKR, samada PR menang atau kalah dalam PRU ke 13.

PKR adalah the biggest loser dalam PR. Saya meramalkan PKR gagal mempertahankan banyak kerusi mereka dalam PRU ke 13. Jadi samada PR boleh membentuk kerajaan atau tidak, PKR tetap tidak mempunyai banyak kerusi. Anwar Ibrahim tidak boleh dipertimbangkan lagi.

PAS masih bertegas ingin orang Islam menjadi PM, walaupun dalam perlembagaan tidak menyatakan syarat itu. Namun secara logik dan rasional, memang benar Melayu dan Islam sepatut menjadi PM. Oleh kerana Haji Hadi tidak bertanding, calon yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi PM adalah Mat Sabu kerana beliua Timbalan Presiden PAS.

Adakah sejarah akan diubah? Mat Indera akan diangkat jadi pejuang negara? Komunis juga akan tertulis dalam sejarah memerdekakan Malaysia?

Dan paling penting, saya teringat lagu sindirin Roman Legion terhadap boss mereka apabila sedang marching: "hide your wife, Caesar is coming."

"Hide your wife, PM Mat Sabu is coming."

Hidup Tok Gundu!
 
amukanmelayu - walau siapa pun menjadi PM selepas PRU ke 13 ini.......Tanah Melayu bukan lagi milik Islamelayu