,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 13 November 2012

HUDUD DAN QISAS - HUKUM WAHYU YANG DI POLITIKKAN

    

HUDUD TIDAK AKAN DI LAKSANAKAN SELAGI MENGHARAPKAN "UNDI KAFIRUN" DARI KUASA ALLAH KERANA KUASA DAN DUNIA!!!!!

  HUDUD - PAS BELIT KERANA KUASA!

PAS mengatakan UMNO murtad..kerana tidak melaksanakan hukum hudud..Apabila PAS ditanya...kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang..PAS..memberikan alasan..perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya..dan seterusnya mengkafirkan UMNO. Namun, PAS terlupa...apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 dan Timbalan Menteri Besar PAS.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad , "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak. Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai. "Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

PERSOALANNYA...APAKAH PAS MURTAD..KERANA TIDAK BERANI MENGGAZETKAN ENEKMEN JENAYAH DAN SYARIAH KELANTAN 1993 YANG DILULUSKAN DI DUN KELANTAN DAN TELAH DITANDATANGANI OLEH DYMM SULTAN KELANTAN.....?

Sumber: Facebuku

amukanmelayu - jika di lihat dari sudut PERUNDANGAN "PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU " adalah jelas KUASA UGAMA adalah di bawah NEGERI dan SULTAN menjadi KETUA UGAMA ISLAM. Dengan kuasa inilah Jabatan ZAKAT dan Jabatan Agama Negeri atau Jabatan Hal Elwal Agama semuanya di letakkan di bawah Kekuasaan Kerajaan Negeri. Sekiranya PAS atau UMNO benar-benar ikhlas untuk menegakkan Ugama Allah di Tanah Melayu ini sebenarnya sudah tiada alasan lagi. Sebagai PENULIS BLOG PICISAN dengan ini Tok Aki Aji menyeru kepada semua Penganut Ugama Islam di Tanah Melayu ini marilah kita bersama-sama membuang POLITIK keduniaan dan tolonglah merangka MEMORENDAM untuk di serahkan kepada Tuanku Sultan dan Agung untuk melatih PENGUATKUASA SYAREI dan seterusnya melaksanakan HUDUD diNegeri-negeri yang baraja dahulu(Selangor, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Trengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan)


HUDUD - UMNO TOLAK KERANA KUASA

Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti - PM

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib

KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.
Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.
“Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.
“Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.
Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.
Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.
“Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.mStar

HUDUD - DAP tolak kerana dia KAFIRUN
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
Sinar Harian 30 Julai 2012
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng 
 
SHAH ALAM – DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan  kuasa.

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.

Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.
 

HUDUD Tidak Pernah DIWARTAKAN Sejak 1993 -Wan Mutalib Embong

Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.



Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.













Ringkasan SENARIO ENAKMEN HUDUD dan PENIPUAN/EMBOHONGAN pemimpin dan kerja-kerja munafik PEMIMPIN PAS kepada RAAYAT ISLAMELAYU...

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAs Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tudak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.



Mengapa PAS begitu munafik dan berbohong kepada umat Islam di Malaysia malah kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud ?

Selama 20 tahun PAS berbohong mengenai perlaksanaan Hukum Hudud.

Apa maksud PAS sebenarnya, Parti Islam Semalaysia atau Parti yang hendakan kuasa kerana di tipu IBLIS?

Hanya Syaitan sahaja yang sentiasa menghasut untuk berbohong dan mengadu domba sesama umat Islam ...


amukanmelayu - anakku SAZALI - "Ini semua Bapak yang salah"...... Sazali.....Sazali...