,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 19 November 2012

BACA......FAHAM, RUJUK PADA AL-QURAN DAN SUNNAH....FIKIRLAH SENDIRI


BARCODE - akan di CETAK di dahi untuk mengenali SIAPA YANG LEBIH ISLAM?

Ya Allah Hukumkan Umno BN ! KO BN ! BN KO !

Doa Solat Hajat Parti Islam ( ? ) di Stadium Kota Bharu 16 Nov 2012



min 2:27 - Ya Allah Hukumkan Umno,  Ya Allah... Hukumkan Umno BN ..

KO BN !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO ! ... dalam Pilihanraya yang ke 13 ini ya Allah.. Mudah2an perjalanan kami ke Putrajaya ya Allah, dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu ya Allah,

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan Firaun didalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumiMu telan Qarun ... Ya Allah, Kamu telah melaknatkan Namrud .. dan begitu juga Abu Lahab2.. maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Umno dan BN dalam Pilihanraya 13..

Tidak larat kami hendak melihat anak2 kami dengan suasana yang tidak selamat, didalam rumah dan diluar rumah, dengan ragut rogol bunuh bakar cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam2 jenayah


Ya Allah ... habislah negara kami ini, dijual oleh Umno... Singapore dah habis.... ya Allah .... Batu Putih putih ya Allah mata, ya Allah ....Tanjung Pagar...rapat kepagar ya Allah ...

HANCUR UMNO  TUMBANG BN  !

Dalam usaha mempertahankan adiknya yang mendoakan agar Umno/BN dihancurkan,  hari ini Nik Aziz menggelarkan Umno sebagai murtad, dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
 
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
 
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
 
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. 
 
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahyang hajat sedemikian.
 
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Sumber: Antara Pos



 NIK AZIZ TAK KATA UMNO MURTAD SEBAB TU DIA NAK SAMAN UTUSAN!!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Pada rakaman video yang dimaksudkan dibawah Nik Aziz berkata "Baik, bila Umno buang Islam, maka, Umno ugama apa ? saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai ?, ugama Islam ke Al-Quran...Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno samada Kristian ke, Buddha ke atau tiada agama"

"Timbul masalah murtad, murtad ni khabarnya orang kristian paderi-paderi dia, saya nak kata tidak, yang menjadi orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam, Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekehkan Islam"

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang,".
 PAS Tandatangani Perjanjian Sulit Dengan DAP & PKR, Gugurkan Hudud & Negara Islam
AIDCNews – 15/11/12 – Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.
Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.
“PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.
“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
“UMNO memang jahat, tak mahu buat hudud, tapi UMNO tidak pernah janji untuk buat hudud. Dan dia (UMNO) tidak pernah tandatangan untuk menafikan hudud.
“Tetapi pimpinan kita menandatangani..tidak akan laksanakan hudud. Ini kita tidak tahu perkara ini. Ini kesilapan pemimpin-pemimpin kita, buat sesuatu tidak hebah kepada rakyat,”katanya lagi.
Semua pendedahan itu terkandung dalam buku terbarunya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk ” Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali,” mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.
Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.
Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.
Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut.

TUA TIDAK SEMESTINYA BETUL BELAKA DAN MUDA PULA TIDAK SEMESTINYA TIDAK BOLEH MENEGUR


Doa K.O BN, Kuburkan UMNO-BN, Gambarkan Hati Hitam Para Pemimpin dan Penyokong PAS


Entah ijma’ dan qiyas apa yang mereka gunakan, Mursyidul Am PAS yang menjadi tok imam pula bagaikan berhala bisu dan tuli yang langsung tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghalang apatah lagi menegur, BIDAAH DHOLALAH yang berleluasa dan dilakukan oleh hampir 30,000 orang (sepertimana yang dilaporkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat).
Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa taksubnya.
Pembacaan doa berkenaan dilakukan oleh adik Nik Abdul Aziz Nik Mat bernama Nik Razi Nik Mat. Nik Razi ini jugalah yang membentangkan usul mempertahankan tindakan jijik Anwar Ibrahim menyuntut pelacur dari China pada tahun lepas dalam Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam.
Pada ketika umat Islam di seluruh dunia sedang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh ratusan serangan udara Zionis, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang mengaku beragama Islam di Malaysia yang mengambil kesempatan mendoakan keburukan kepada umat Islam yang lain, dalam sebuah negara yang sama.
Anehnya, doa yang mereka panjatkan adalah untuk memenangi Putrajaya walaupun hakikatnya, mereka tidak akan menang dalam perlumbaan ke Putrajaya kerana jumlah kerusi yang mereka tandingi nanti tidak sampai pun 60 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi itu, mana mungkin PAS akan memenangi kesemuanya. Dan kalaupun menang kesemuanya pun kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang sangat luar biasa, mana mungkin PAS dapat mengatasi PKR dan DAP yang akan bertanding di 72 dan 90 kerusi. Kalau sekarang ini, PAS tidak ubah seperti keledai tunggangan, bagaimana pula PAS boleh mengubah situasi tersebut selepas Pakatan berjaya menguasai Putrajaya?
Justeru, doa yang dipanjatkan, hanyalah PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN semata-mata. Ia seolah-olah mengharapkan tongkat sakti dan kuda terbang yang boleh diperintah, tanpa perlu bekerja keras, seperti dalam cerita-cerita dongeng popular yang kita baca pada zaman kanak-kanak dahulu.
Bagaimanapun, sesuatu yang sangat pasti daripada babak doa di padang Stadium tersebut adalah gambaran tentang kesesatan yang dibidaahkan dengan agama dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam keserakahan mereka mengejar kuasa dan kemewahan!



 MCA, PAS, DAP, UMNO, PKR, MIC DLL SEMUANYA PARTI ROS

Doa Nik Razi begini "Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13,".




Nik Aziz mendakwa UMNO menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.

Nik Aziz tidak menjelaskan langsung di mana yang kata UMNO itu menolak Islam?

Apakah kerana UMNO tidak guna nama parti Islam yang didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka UMNO menolak Islam?

Nik Aziz perlu sedar bahawa PAS hanya parti Islam kerana parti itu berdaftar dengan ROS sebagai parti Islam. Belum tentu parti yang nama Islam melaksanakan Islam.

UMNO daftar atas nama parti kebangsaan, tetapi Islam di negara ini wujud dalam sistem pentadbiran kerana Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa agama negara adalah Islam.

Agama Negara yang dimaksudkan dalam Perlembagaan itu adalah idealogi Malaysia. Bukan agama rasmi Malaysia Islam, ia lebih besra dari agama rasmi, ia agama negara.

Kita lihat bagaimana penghayatan Islam di Malaysia ini, yang dikagumi oleh negara-negara majoriti umat Islam lain.

UMNO memilih untuk melaksanakan Islam secara inklusif, yang penting isi bukan label.

Sedangkan PAS hanya mewar-warkan bahawa perjuaagannya perjuangan Islam, label sahaja, PAS kutip derma atas nama Islam, mendapat sokongan politik atas nama Islam.

Satu ketika dulu, PAS tuduh UMNO kafir, isu tersebut menjadi perbahasan panas, sehingga ada masjid yang sembayang dua imam. Tetapi atas campurtangan Raja-Raja Melayu juga dakwah berterusan, akhirnya PAS mengaku mereka salah.

Kini Nik Aziz kembali dengan tuduhan yang lebih berat... Sejak bila beliau mempunyai 'lesen besar' untuk senang-senang menghukum orang lain murtad hanya kerana berbeza pandangan politik?

HELME HANAFI

Doa KO - Ulasan Dr Hasan Ali mengenai implikasi nya



ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV
Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.
1.     Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

2.     Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya.

3.     Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

4.     Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

5.     Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.
Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.
Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu  menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.
Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..
Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.
  
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

Hadi meminta agar Tuhan memenangkan islam

Kalaulah takrifan Hadi, bahawa sesiapa yang mengucap kalimah syahadah itu islam, maka ahli-ahli dan penyokong Umno 99 peratus beragama islam. Demikian juga Pas, ahli-ahlinya dan penyokongnya hampir 99 peratus islam. 
Kalaulah yang dimaksudkan Hadi itu kemenangan islam, maka di negara ini sejak merdeka lagi kemenangan senantiasa berpihak kepada islam. 
Kita mengetahui, Perdana Menteri Malaysia daripada yang pertama hinggalah yang ke enam adalah orang islam dan kebetulan daripada Umno. 
Rupanya doa dan permintaan Hadi itu selama ini termakbul, kerana belum pernah bukan islam menjadi Perdana Menteri di negara ini.
Kerana Hadi meminta Tuhan agar mememangkan sekali lagi umat islam, maka pada PRU-13 akan datang, sekali lagi Umno akan menang, kerana parti itu mewakili kaum melayu yang semuanya beragama islam.
Tuhan mengerti, bahawa Pas berasal daripada Umno, atas sebab itu, Pas tidak pernah menang di peringkat nasional, namun Tuhan itu, sangat adil, memberikan kemenangan kepada umat islam di Kelantan dan Kedah.
Sebenarnya kemenangan Pas di Terengganu pada tahun 1999 adalah ujian kepada parti itu terutama Presidennya sendiri Datuk Hadi Awang. Namun, mereka tidak mengambil iktibar kepada kemenangan itu, atas sebab itu Pas kalah pada tahun 2004.
Pada kali ini, kerana Tuhan melihat bahawa Pas sudah menjadi tamak dan bercita-cita pula mahu merampas Putrajaya dengan bantuan DAP dan PKR, maka sekali lagi, Pas akan kehilangan Kedah dan tidak akan dapat mengulangi kejayaan tahun 2008.
Selain itu, Tuhan juga tahu, bahawa Pas kini telah berubah matalamat perjuangannya, sehingga sanggup mendoakan sesama agamanya hancur binasa.
Tuhan tahu, walaupun Umno bertentangan dengan Pas pada sebarang pilihanraya, namun ahli-ahli umno dan penyokongnya, tidak pernah mendoakan agar Pas hancur lebur.
Umno berhadapan dengan Pas melalui pilihanraya secara gentleman melalui demokrasi. Oleh kerana pendekatan dan perjuangan umno lebih dekat dengan rakyat, atas sebab itu, Umno senantiasa menang.
Yakinlah semakin meluap-luapnya keinginan Pas untuk merampas Putrajaya, maka semakin jauhlah parti itu dengan Putrajaya. Putrajaya nampak dekat, tapi jauh, sungguh jauh.




" Ya Allah. Kami mohon kepada mu. Jangan lah kau hancur kan Pas dan jangan lah kau hancur kan Umno. Sebaliknya kau satu kan lah hati2 mereka pemimpin kedua2 parti itu agar sama2 berjuang untuk menegakkan agama mu. Ya Allah. Kau tanam lah perasaan berkasih sayang sesama islam di antara pengikut Pas dengan pengikut Umno. Ya Allah sesungguhnya mereka pengikut Pas dan pengikut Umno adalah hamba mu yang taat kepada segala perintah mu "
" Ya Allah, jika pemimpin kedua2 parti Pas dan Umno itu telah tersesat daripada landasan mu, maka kau bawa lah mereka balik ke landasan yang kau redai. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Datok Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin. Agar masuk ke dalam diri mereka itu perasaan berkasih sayang sesama islam dan sesama melayu. Ya Allah kau buangkan perasaan benci membenci dan berhasad dengki dalam diri mereka berempat. K
au sucikan hati2 mereka dengan cahaya keimanan kepada mu dan kau nyahkan raja2 syaitan yang cuba menguasai mereka "

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Hamba dengan ikhlas dan suci hati mohon kau batalkan dan kau tolak lah doa mereka2 yang bersembahyang hajat di Kota Baru Kelantan kerana doa mereka itu tidak membawa kebaikan dan kebajikan kepada agama mu, kepada kami hamba2 mu dan kepada negara kami Malaysia ini. Mereka berdoa pada mu bukan kerana menyahut seruan keimanan tetapi mereka berdoa kerana mendengar bisikan syaitan yang tidak mahu umat islam bersatu hati mempertahankan agama mu "

" Akhir sekali Ya Allah, bantu lah kami agar bangsa kami ini terus memegang teraju pemerintahan di negara ini atas nawaitu kami untuk melihat Pas dan Umno sama2 menjaga kesucian agama mu "


Ameeennnn ....