,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 26 November 2012

1. KUNING @ BERSIH - Ambiga/Pak Samad 2. HIJAU @ LYNAS - Fauziah Salleh 3. OREN @ FELDA - Mazlan Alimin 4. .............. @ SCORPENE - Suaram ? 5. ............... @ HUDUD - PAS .....himpunan warna yang KERAJAAN gagal menerangkan kepada raayat sehingga raayat di perbodohkan oleh mereka yang GILAKAN KUASA


Hampir 12,000 Anti Lynas MENGHINA KEPUTUSAN MAHKAMAH dengan membuat perhimpunan haram Di Dataran Merdeka

E-mail Print
alt
KUALA LUMPUR, 25 Nov - Dianggarkan hampir 12,000 aktivis dari kumpulan Anti Lynas telah berada di Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants di Kuantan.

Sebelum itu, perarakan awal hampir 2,000 orang bermula dari markas tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak dengan mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" berlangsung di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Satu lagi kumpulan aktivis Anti Lynas turut bergerak dari Monorel Titiwangsa bagi meneruskan desakan dan bantahan agar operasi kilang Lynas tidak diteruskan oleh kerajaan. Jangkaan awal dianggarkan seramai hampir 1,000 orang namun berlaku peningkatan angka yang mendadak kepada 3,000 peserta.

Kumpulan berkenaan yang terdiri dari majoriti hampir 95 peratus masyarakat Cina telah mula berkumpul sejak dari jam 1.30 petang tadi dan difahamkan sedang menunggu untuk turut serta bergabung bersama 2,000 peserta daripada dari markas tarbiyah PAS di Taman Melewar.
alt
Menurut penganjur, kumpulan berkenaan berkumpul di Sentul kira-kira pukul 1.30 petang sebelum memulakan perjalaan terakhir mereka ke Dataran Merdeka. Turut kelihatan pada waktu ini ahli parlimen Bakri Er Tek Hwa dan aktivis pelajar Adam Adli.

Mengikut perancangan awal penganjur, kumpulan berkenaan akan berkhemah di Dataran Merdeka pada Ahad malam sebelum menuju ke Parlimen pada Isnin untuk menyerahkan memorandum berhubung Lynas. Bagaimanapun wakil penganjur, Dr Khim Pa pada Khamis dilaporkan berkata mereka memutuskan untuk menukar perancangan selain menjemput Ahli Parlimen untuk mendengar masalah mereka dan menerima memorandum di Dataran Merdeka.

Suasana semakin menggamatkan apabila kenderaan yang melepasi kumpulan yang bergerak menuju ke Maju Junction turut membunyikan hon menjadikan perarakan tersebut seperti satu karnival.
alt
Para peserta mula bergerak dari Sentul menuju ke Maju Junction kira-kira jam 3.00 petang.

Tinjauan wartawan KLPOS menganggarkan jumlah peserta kini meningkat kepada 8,000 orang sewaktu para peserta telah mula berkumpul di Maju Junction dalam perjalanan seterusnya ke dataran Merdeka.

Sewaktu para peserta tiba di Dataran Merdeka, tinjauan mendapati bilangan peserta telah meningkat kepada hampir 12,000 orang setelah beberapa kumpulan yang 'regroup' dari Jalan Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak dan Maju Junction mula bergabung.
alt
Kumpulan berkenaan seterusnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandangkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa. Turut kelihatan pada waktu ini adalah pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga dan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Penganjur Himpunan Hijau ini tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan Dataran Merdeka.

Menurut Khalid penganjur himpunan itu juga gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama perhimpunan itu.

"Undang-undang jelas, mengkehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman ini, orang yang ingin mengadakan perhimpunan supaya dapatkan kebenaran tuan punya tempat, beri notis pada polis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung...Tapi mereka tidak.

"Kita dah hubungi penganjur, cuba berunding dengan mereka, tapi dia tak membalas," katanya.


Ahli Parlimen PAS Dr.Che Rosli

 Saya tak sokong bantahan Lynas

Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.



KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”

“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,” kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — “Ahli Parlimen PAS” sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

“Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi,” kata beliau.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,” katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

“Sekarang sudah jadi isu kontroversi,” kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan.”

Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.


Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. 

Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.


Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
-KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga KerjaLynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
-Fasa PembinaanLebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
-Aktiviti PerintisBesar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.

Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/02/8-fakta-mengenai-lynas-yang-perlu.html#DreFxFSq1VrAXEbv.99 







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl8xEbj7RWtfv0sW0pHa73a38KlE56qkdQ30ocJ2bbxSgo3wraPujoctBPLuGqKr9SpVCBMD2yKZECM-xO7s61yVd2NJMhCgW4zK0C7fbrzCWiGK3ff-TCawsFCnWs9tfrqJ9Otbr1223J/s1600/gi.jpeg

Mahkamah Benar Lynas Beroperasi


SEBAHAGIAN pekerja Lynas memanjat doa kesyukuran selepas mahkamah membenarkan operasi kilang Lynas di Kuantan semalam.



KUANTAN – Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang difailkan pada September lalu oleh tiga penduduk Kuantan semalam.
Hakim Datuk Mariana Yahya menolak permohonan injunksi interim tersebut dengan alasan masih terlalu awal untuk mencabar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam pemberian TOL kepada LAMP.
“Masih terlalu awal untuk mempertikai status TOL bagi kes ini dan adalah lebih sesuai jika pertikaian dibuat dalam semakan kehakiman.
“Ini kerana, kes ini bukan melibatkan keputusan menteri (MOSTI) kerana LAMP (menjadi pihak) yang akan terlibat dalam apa-apa keputusan mahkamah,” kata Mariana.
Beliau menambah, bagi penyelesaian, LAMP perlu dijadikan pihak dalam semakan kehakiman dan penduduk Kuantan pula memfailkan permohonan injunksi terhadap LAMP dan bukan kepada MOSTI.
Sementara itu, peguam Datuk Bastian Vendargon yang mewakili penduduk Kuantan membuat permohonan lisan bagi menolak keputusan mahkamah dengan alasan LAMP akan menyebabkan kerosakan terhadap manusia dan alam sekitar.
Mariana bagaimanapun menyarankan permohonan tersebut dilakukan secara formal dan bertulis untuk didengari di mahkamah supaya pihak-pihak terlibat boleh mengemukakan hujah. Bastian semasa ditemui di luar mahkamah berkata, rayuan terhadap keputusan itu akan difail dalam tempoh terdekat.

Penduduk Kuantan turut diwakili peguam Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon, manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman.
LAMP pula diwakili peguam Sunil Abraham, Wong Kah Hui dan Emily Chin.
Pengarah Urusan LAMP, Datuk Mashal Ahmad ketika ditemui pemberita selepas mahkamah membuat keputusan tersebut berkata, segala kesulitan menghadapi isu dicanang pihak tertentu mendakwa kilang memproses bahan nadir bumi itu menyebabkan radiasi sebelum ini sudah berakhir.
“Selepas mahkamah membuat keputusan, kita akan memberi tumpuan kepada memulakan operasi kilang secepat mungkin,” ujar beliau.

amukanmelayu - 

1.   KUNING @ BERSIH - Ambiga/Pak Samad
2.   HIJAU @ LYNAS - Fauziah Salleh
3.  OREN @ FELDA - Mazlan Alimin
4.  .............. @ SCORPENE -  Suaram ?
5. ............... @  HUDUD - PAS

kes LYNAS bukan lagi satu kes KEMANUSIA tapi ianya lebih kepada SATU PESTA PERHIMPUNAN BEWARNA MELANGGAR UNDANG-UNDANG. Dari keputusan MAHKAMAH sebagai raayat yang menghormati undang-undang "LYNAS - BAJU HIJAU sudah boleh di keluarkan dari  kumpulan warna yang MENONJOLKAN KETUANYA. Warna OREN juga sebenarnya sudah boleh di keluarkan dari KUMPULAN warna-warna ini. Selepas penolakkan surat RAYUAN Anwar kepada Australia, Warna Kuning juga sebenarnya sudah boleh di keluarkan dari kumpulan warna-warna ini.

# Jika kamu menyusahkan orang lain....Allah akan menyusahkan kamu. Lihatlah apa sudah terjadi kepada nama-nama mereka seperti diatas jika di bandingkan sebelummereka melibatkan diri dengan KUMPULAN BEWARNA ini? Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat halus dan licik.......